Khamis, 31 Mac 2016

Punggung berjerawat? 7 Cara Nak Hilangkan Jerawat di Punggung


Sebelum ini, kita sudah membincangkan macam mana jerawat boleh tumbuh di punggung. Pada yang belum lagi membaca artikel sebelum ini, boleh KLIK DI SINI.

Untuk mengatasi jerawat yang tumbuh di belakang, kita boleh melakukan rawatan sendiri di rumah. Cara yang akan dibincangkan dalam artikel ini adalah cara tradisional. Tapi jangan bimbang, walaupun hanya tip tradisional, yang penting berkesan. Berikut adalah rawatan yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan jerawat di belakang:








1. Jaga Kebersihan Badan dengan Sabun Anti Bakteria


Pada asasnya, penyebab jerawat adalah disebabkan kebersihan tubuh yang tidak terjaga. Oleh itu, mandilah secara kerap agar tubuh kita bersih dan mengurangkan risiko tumbuhnya jerawat. Kita boleh menggunakan sabun anti bakteria agar lebih berkesan.



2. Lakukan Scrub Secara Teratur dan Berkala



Scrub dilakukan bertujuan untuk membersihan sel-sel kulit mati agar tidak menutup jerawat, dan memudahkan jerawat untuk lebih mudah dirawat. Scrub disarankan dilakukan dengan butiran yang halus, yang bertujuan untuk mencegah terjadinya keradangan pada kulit. Setelah proses scrub selesai, jangan lupa untuk memakai losyen. Lakukan scrub secara teratur dan berkala, contohnya 1 minggu sekali. Oh ya, apabila melakukan scrub, jangan terlalu kerap kerana boleh menyebabkan keradangan pada kulit.

Penting! Langkah ke-2 ini hanya boleh dilakukan jika jerawat belum parah.



3. Gunakan Buah Lemon



Lemon mengandungi vitamin B, vitamin C, fosfor serta karbohidrat yang bermanfaat untuk merawat jerawat dan menghilangkan bintik-bintik hitam. Caranya :

  • Perah sebiji lemon
  • Campur dengan sedikit air
  • Guna kapas untuk sapu air perahan lemon tadi pada kawasan kulit yang berjerawat



4. Aspirin



Tahukan aspirin? Atau kita lebih biasa dengar Panadol ubat sakit kepala atau demam. Aspirin terbukti bukan sahaja berkesan untuk meredakan panas demam, tetapi juga berkesan merawati jerawat, baik jerawat di wajah atau pun jerawat di punggung. Dalam aspirin terkandung anti imflamasi yang mana dapat mencegah penyumbatan pada liang roma kulit. Bagaimana caranya?

  • Hancurkan 10 biji (secukupnya) aspirin sehingga benar-benar halus
  • Campur dengan air, kemudian kacau sehingga membentuk doh
  • Sapukan pada bahagian kulit yang ada jerawat
  • Biarkan selama 15-20 minit
  • Bilas dengan air dingin / ais batu



5. Tomato


Ya betul sekali, sama seperti jerawat yang ada di wajah, tomato juga boleh digunakan untuk merawat jerawat yang tumbuh di punggung. Tomato boleh dipakai sebagai pengganti scrub. Caranya :

  • Pilih beberapa biji buah tomato yang matang dengan warna yang merah menyala
  • Kisar dengan blender
  • Gosokkan pada bahagian kulit yang berjerawat
  • Biarkan selama beberapa saat hingga kering
  • Bilas dengan air dingin



6. Kulit Limau Nipis


Buah limau nipis memang kaya dengan pelbagai khasiat, kerana limau nipis merupakan salah satu sumber vitamin C tertinggi. Namun, tidak hanya pada buahnya, kulitnya pun boleh kita gunakan untuk merawat jerawat, caranya mudah :

  • Rendam kulit limau nipis kering dalam air
  • Kisarkan dengan blender
  • Kemudian campurkan dengan beberapa sudu susu
  • Sapukan pada bahagian kulit yang berjerawat
  • Biarkan selama 15-20 minit
  • Bilas dengan air dingin



7. Gunakan Putih Terlur



Selain bermanfaat untuk mencerahkan kulit wajah, putih telur juga efektif untuk menyembuhkan jerawat di punggung. Caranya :

  • Asingkan putih telur dari kuning telur
  • Sapukan putih telur tersebut pada kawasan kulit yang berjerawat
  • Biarkan selama 20-30 minit atau sehingga kering
  • Bersihkan dengan air dingin



Semua cara yang disebutkan di atas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah jerawat, bukan hanya jerawat yang tumbuh di punggung saja, tapi juga untuk merawat jerawat di bahagian tubuh yang lain. Namun wajib kita ketahui, bahawa cara-cara di atas bukanlah magik, yang dapat menyembuhkan jerawat seketika. Oleh itu, rawatan tersebut mestilah dilakukan secara rutin, supaya hasilnya optimum. Lakukan cara-cara d iatas sehingga jerawat betul-betul sembuh. Namun, jika jerawat tak sembuh-sembuh, segeralah berjumpa doktor pakar kulit untuk mendapatkan penyelesaian yang lebih baik. OK, selamat mencuba dan semoga tip ini bermanfaat. 



Sumber










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADD THE FACEBOOK WIDGET CODE HERE