Punggung berjerawat? Rasa kelakar kan tapi bukan pada mereka yang menghadapinya, boleh jadi satu penderitaan yang terpendam tapi tak terluah. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi punggung yang memikul. Nak tahu punca terjadinya jerawat di tempat ni? Jom baca seterusnya.
Jerawat bukan hanya boleh muncul di wajah, tetapi boleh juga muncul di bahagian tubuh lain, salah satunya di bahagian punggung. Jenis jerawat ini sama dengan jerawat pada umumnya, iaitu memberikan rasa tidak selesa kerana boleh menyebabkan penderitanya merasa gatal. Jom kita ambil tahu apa punca terjadinya jerawat di punggung ini.
Mengapa Jerawat Boleh Tumbuh di Punggung?
Langkah awal untuk merawat jerawat yang tumbuh di punggung adalah dengan mengetahui apa punca terjadinya jerawat itu. Untuk itu, jom kita semak penjelasan berikut
1. Peluh
Setiap kali kita melakukan aktiviti berat seperti aktiviti kecergasan dan bersukan, biasanya tubuh akan mengeluarkan peluh dalam jumlah yang cukup banyak. Peluh tersebut akan menyebabkan keadaan tubuh kita menjadi lembab, dan ini yang menyebabkan tumbuhnya jerawat.
2. Pemilihan Pakaian yang Tidak Sesuai
Jerawat di punggung boleh disebabkan oleh pemakaian pakaian yang tidak sesuai, contohnya pakaian yang terlalu ketat, menyebabkan rasa panas dan tidak dapat menyerap peluh. Keadaan ini menjadi punca bakteria yang boleh bercampur dengan sel kulit mati dan peluh, dan boleh menyebabkan liang roma kulit tersumbat dan terjadilah jerawat.
3. Penggunaan Kondisioner (Perapi) Rambut
4. Pemakaian Beg Tangan Wanita
Apabila kita memakai beg, elakkan membawa beban yang cukup berat, kerana ia boleh menyebabkan peluh terperangkap pada bahagian tubuh yang tertutup oleh tali beg kita itu. Selain itu, kita juga boleh memilih beg dengan tali yang tipis.
5. Pemakaian Pelembut dan Pewangi Pakaian
Tahukah kita, penggunakan pelembut/pewangi pakaian kadang-kadang tidak sesuai dengan jenis-jenis kulit tertentu. Jika kulit kita termasuk kulit yang sensitif dan mudah berjerawat, sebaik-baiknyanya kita hanya perlu menggunakan bahan pencuci saja dalam mencuci pakaian, agar kulit kita terhindar dari keradangan yang menjadi punca penyebab jerawat.
Ikuti artikel seterusnya tentang cara untuk merawat masalah jerawat di punggung. KLIK SETERUSNYA.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan