Isnin, 28 Mac 2016

7 Makanan Sedap Penyebab JERAWAT???


ALAMAK!!! Jerawat datang lagi!!! Marah ada, geram pun ada. Nak kata tak jaga betul-betul wajah ni, dah jaga betul dah, tapi jerawat tetap datang bertandang...Adusss!!!

Mana pulak ye silapnya? Cuba tengok-tengok balik apa yang kita makan tu. Betul-betul ke kita dah cukup jaga makan tu? Jangan main belasah je tanpa kita tahu kesan pada kulit kita ni.

Haa ni kita nak bagitahu... Antara 7 makanan kesukaan ramai yang mingkin menjadi punca terjadinya jerawat.
1. Susu skim


Kajian mendapat mereka yang minum susu skim akan mengalami masalah jerawat berbanding mereka yang tidak minum. Ini kerana kandungan protein yang berbeza di dalam susu skim.

2. Ais krim 


Pelik kan? Kajian menunjukkan ais krim menjadi punca terjadinya jerawat. Ini kerana kandungan gula didalamnya menyebabkan keradangan pada kulit.

3. Kerepek kentang


Makanan ini adalah punca terbesar. Karbohidrat di dalamnya mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan keradangan dan terjadinya jerawat.

4. Coklat


Kajian mendapati, kadungan tenusu dan gula didalam coklat jadi penyebab masalah kulit. Kedua-dua gabungan tersebut merupakan kombinasi ‘maut’ untuk kulit berjerawat.

5. Makanan pedas dan berempah


Penggunaan rempah dan makanan pedas jadi punca terjadinya jerawat dan buatkan jerawat lebih teruk. Ini kerana makanan yang pedas dan berempah kebanyakannya berminyak.

6. Keju


Keju boleh mencetuskan letusan hormon insulin dalam badan yang membuatkan sel-sel anda menyerap lebih banyak gula. Oleh kerana insulin berlebihan, maka terjadinya jerawat.

7. Pizza


Disebabkan pizza mengandungi produk tenusu dan mempunyai lelehan keju, jadi makanan ini membuatkan jerawat tumbuh lebih banyak dari biasa. Sedihnya tak boleh makan pizza!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADD THE FACEBOOK WIDGET CODE HERE