Basah di bahagian ketiak boleh menurunkan kepercayaan diri seseorang terutamanya wanita. Jika mengenakan pakaian berwarna putih, sudah tentu warnanya akan berubah kekuningan. Pergerakan akan jadi terbatas kerana takut orang tahu ketiak dalam keadaan basah. Malu kan?
Itu belum lagi kalau mengenakan pakaian tanpa lengan tapi ketiak sudah basah sebasah-basahnya. Tentu perasaan pun jadi tak menentu dan nak cepat-cepat pulang ke rumah kan? Oleh itu, janganlah ambil ringan masalah ketiak basah ini.
Berikut adalah cara yang boleh dilakukan agar ketiak tidak basah dan kekal kering.
1. Gunakan Plaster (Patch)
Ramai orang menggunakan plaster berbentuk segi tiga yang dilekatkan di ketiak untuk menyerap peluh yang berlebihan. Plaster itu mengandungi viscose (70%) dan polyester (30%). Plaster ini bertujuan untuk menyerap peluh selama lapan jam.
Menurut Pakar Kulit Kelamin dan Kosmetik dari Harley Street New York, Dr David Jack, golongan wanita yang menghidapi masalah kulit sensitif dengan kandungan yang ada di dalam deodorant amat sesuai menggunakan plaster jenis ini.
2. Deodorant aerosol
Di London terkenal dengan deodoran aerosol dengan nama Mark Buster, yang terkenal boleh membuatkan ketiak kering selama 48 jam. Deodoran ini juga mengandungi pelembap.
"Deodorant ini menggunakan partikel yang tidak kelihatan. Sesuai digunakan dan mesra untuk kulit kita. Tapi ada masalah lain pula, penggunaanya meninggalkan tompok-tompok putih pada pakaian," kata David Jack.
3. Gel anti peluh
Gel ini disebut-sebut boleh menghentikan peluh berlebihan, dan tidak meninggalkan sisa yang melekat, halus, dan tahan lama.
"Bahan utamanya adalah aluminium zirkonium yang didapati dalam banyak produk deodoran. Ia boleh menghalang peluh keluar dari liang roma dan juga menyerap kelembapan," kata David Jack.
4. Tisu
Ada tisu yang direkabentuk untuk menyerap peluh kerana mengandungi anti peluh. Masalahnya, keberkesanannya belum lagi terbukti berkesan.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan