Musim panas sudah tiba dan inilah masa untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kalau kita hanya mengambil ringan, kita dan keluarga kita berisiko terdedah dengan penyakit berkaitan haba seperti strok haba, kekejangan haba, dan keletihan haba.
Keadaan ini adalah biasa untuk semua peringkat umur semasa musim panas.
Strok haba adalah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa, di mana ia perlu dirawat dengan segera. Sebarang kelewatan boleh menyebabkan maut. Strok hana berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi disebabkan oleh pendedahan haba yang berlebihan.
Dalam erti kata lain, strok haba adalah satu gejala penyakit yang agak serius, dengan suhu badan melebihi 40.6°C akibat terdedah dengan persekitaran panas melampau.
Sesiapa sahaja berisiko mengalami strok haba. Namun, golongan seperti bayi, warga tua, ahli sukan, pekerja buruh dan golongan dengan tahap kesihatan tertentu seperti penghidap sakit jantung atau penyakit paru-paru adalah lebih berisiko tinggi.
Strok haba boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda-tanda keletihan haba.
Gejala boleh termasuk-
- Sakit kepala
- Keletihan
- Pening dan muntah
- Kelemahan
- Kekejangan otot dan sakit
- Suhu badan meningkat daripada 40°C atau lebih tinggi
- Kulit kemerahan
- Pernafasan yang mengah
- Perubahan dalam berpeluh
- Hilang kesedaran
- Kanak-kanak kecil boleh mengalami sawan
Jika anda atau keluarga anda mempunyai gejala-gejala di atas, segeralah bergerak ke tempat yang teduh atau di dalam bangunan dan dapatkan bantuan perubatan dengan segera.
Sungguhpun begitu, cara yang terbaik adalah mencegah daripada merawat. Berikut adalah tip-tip untuk kekal sejuk dan sihat serta mengurangkan risiko mendapat strok haba semasa cuaca panas:
- Tahu tanda-tanda atau simptom-simptom penyakit berkaitan haba
- Minum banyak air untuk menjaga tubuh dan kekal terhidrat
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna cerah dan longgar
- Elakkan aktiviti fizikal yang lasak dalam keadaan cuaca panas dan lembap
- Elakkan mengambil minuman kafein dan alkohol kerana ini boleh memburukkan lagi keadaan
- Gunakan pelindung matahari dengan SPF sekurang-kurangnya 15 sebelum melangkah keluar dari rumah anda
- Melindungi diri anda daripada sinaran matahari yang berbahaya dengan memakai topi dan cermin mata hitam setiap kali anda berada di luar rumah
- Jangan sekali-kali meninggalkan sesiapa pun di dalam kereta yang diletakkan dalam cuaca panas, terutamanya kanak-kanak. Suhu kereta anda boleh meningkat 6.7°C dalam masa 10 minit apabila diletakkan di bawah matahari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan