Khamis, 31 Mac 2016
Punggung berjerawat? 7 Cara Nak Hilangkan Jerawat di Punggung
Sebelum ini, kita sudah membincangkan macam mana jerawat boleh tumbuh di punggung. Pada yang belum lagi membaca artikel sebelum ini, boleh KLIK DI SINI.
Untuk mengatasi jerawat yang tumbuh di belakang, kita boleh melakukan rawatan sendiri di rumah. Cara yang akan dibincangkan dalam artikel ini adalah cara tradisional. Tapi jangan bimbang, walaupun hanya tip tradisional, yang penting berkesan. Berikut adalah rawatan yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan jerawat di belakang:
Punggung berjerawat? 5 Punca Jerawat di Punggung
Punggung berjerawat? Rasa kelakar kan tapi bukan pada mereka yang menghadapinya, boleh jadi satu penderitaan yang terpendam tapi tak terluah. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi punggung yang memikul. Nak tahu punca terjadinya jerawat di tempat ni? Jom baca seterusnya.
Jerawat bukan hanya boleh muncul di wajah, tetapi boleh juga muncul di bahagian tubuh lain, salah satunya di bahagian punggung. Jenis jerawat ini sama dengan jerawat pada umumnya, iaitu memberikan rasa tidak selesa kerana boleh menyebabkan penderitanya merasa gatal. Jom kita ambil tahu apa punca terjadinya jerawat di punggung ini.
Rabu, 30 Mac 2016
6 Jenis Pengambilan untuk Kulit Awet Muda
Pengambilan makanan yang sihat merupakan langkah awal yang baik untuk memperoleh kulit awet muda. Pada masa ini, semakin banyak produk kecantikan di pasaran yang diyakini boleh membuat kulit anda segar dan kelihatan awet muda. Namun tidak cukup dari luar saja, makanan dan minuman yang masuk ke dalam tubuh sama pentingnya dengan produk kecantikan yang disapu ke kulit.
Makanan dan minuman tersebut akan diurai menjadi pelbagai jenis nutrien yang bermanfaat bagi sel tubuh, termasuk kulit. Penjagaan kulit wajah rutin tidak akan memberikan hasil yang maksimum apabila pengambilan makanan dan minuman yang dimakan kurang berkhasiat.
Selasa, 29 Mac 2016
3 Tip Facial Ais Batu untuk Merawat Kulit Wajah di Rumah
Ais batu terbukti boleh digunakan untuk merawat kulit wajah. Jika malas nak ke salon atau tempat rawatan wajah, kita boleh menggunakan ais batu yang ada di dalam peti sejuk kita. Terkejut kan? Jom, ikuti penerangan lengkap seterusnya.
Ais batu boleh mengatasi masalah kulit terbakar, kelopak bawah mata (mata sembab), dan juga jerawat degil. Ada tiga cara facial ais batu yang boleh kita buat dan cuba sendiri di rumah. Setiap jenis facial ini mempunyai fungsi dan manfaatnya yang tersendiri. Jadi, pilih yang terbaik untuk kita ya!
Isnin, 28 Mac 2016
7 Makanan Sedap Penyebab JERAWAT???
ALAMAK!!! Jerawat datang lagi!!! Marah ada, geram pun ada. Nak kata tak jaga betul-betul wajah ni, dah jaga betul dah, tapi jerawat tetap datang bertandang...Adusss!!!
Mana pulak ye silapnya? Cuba tengok-tengok balik apa yang kita makan tu. Betul-betul ke kita dah cukup jaga makan tu? Jangan main belasah je tanpa kita tahu kesan pada kulit kita ni.
Haa ni kita nak bagitahu... Antara 7 makanan kesukaan ramai yang mingkin menjadi punca terjadinya jerawat.
Ahad, 27 Mac 2016
Cara Mengelakkan Strok Haba di Musim Panas
Musim panas sudah tiba dan inilah masa untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga. Kalau kita hanya mengambil ringan, kita dan keluarga kita berisiko terdedah dengan penyakit berkaitan haba seperti strok haba, kekejangan haba, dan keletihan haba.
Keadaan ini adalah biasa untuk semua peringkat umur semasa musim panas.
Strok haba adalah satu keadaan yang boleh mengancam nyawa, di mana ia perlu dirawat dengan segera. Sebarang kelewatan boleh menyebabkan maut. Strok hana berlaku apabila suhu badan terlalu tinggi disebabkan oleh pendedahan haba yang berlebihan.
Langgan:
Catatan (Atom)