Beruban adalah perkara biasa untuk orang tua tetapi bukan normal untuk orang muda. Menakutkan bukan apabila uban sudah muncul walaupun umur belum lagi tua. Menjadi perkara biasa bagi orang-orang muda sekarang untuk rambut beruban disebabkan oleh corak pemakanan dan perubahan gaya hidup. Salah satu sebab yang menyumbang kepada rambut berubah adalah disebabkan oleh tekanan. Walaupun faktor umur menjadi punca utama masalah rambut beruban, pemakanan yang tidak seimbang juga menjadi penyumbang utama dalam permasalahan ini. Pemakanan yang baik membantu mengekalkan warna rambut dan megekalkan rambut yang sihat. Oleh itu, adalah penting untuk makan makanan yang sihat untuk mencegah uban dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.
Sabtu, 9 April 2016
7 Makanan Penyebab Rambut Beruban
Khamis, 7 April 2016
11 Produk Kosmetik yang Mesti Anda Hentikan Penggunaannya Sekarang!
Sebahagian besar daripada kita mungkin tidak menyedari bahawa produk penjagaan peribadi mengandungi beribu-ribu bahan kimia yang boleh memberi kesan pada hormon, dan ia juga dikaitkan dengan pelbagai jenis penyakit.
Setiap hari kita menggunakan produk yang kita rasa selamat, tetapi sebenarnya kebanyakan barang-barang ini adalah TIDAK selamat. Pelbagai ujian yang telah dilakukan mendapati bahan-bahan dalam syampu, pewarna, dan produk penjagaan peribadi yang lain boleh mengakibatkan kanser, kemerosotan pada hormon yang mengawal pembiakan dan tumbesaran.
Rabu, 6 April 2016
10 Sebab Rambut Beruban Di Usia Muda
Rambut beruban adalah proses
semulajadi yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia berlaku apabila seseorang itu semakin berusia di mana tubuh akan mula kehilangan keupayaan untuk
menghasilkan jumlah pigmen melanin yang diperlukan untuk menambah warna
kepada rambut. Kebiasaannya rambut akan mula beruban apabila berusia 60-an. Tetapi bagi sesetengah orang, rambut sudah mula
menunjukkan tanda-tanda uban pada usia muda (pertengahan 20-an atau lebih awal lagi). Masalah ini dipanggil "uban pra-matang". Terdapat beberapa sebab
mengapa situasi ini mungkin berlaku.
Antara punca rambut beruban adalah daripada faktor-faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, terlampau diet, kekurangan
Vit B12 dan juga boleh disebabkan oleh rutin penjagaan rambut yang tidak betul seperti suka bereksperimen dengan rambut dan macam-macam lagi. Jadi sebelum anda mula mencari penawarnya, adalah penting untuk mengetahui apakah punca sebenar terjadinya uban ini.
Selasa, 5 April 2016
5 Makanan Ini Boleh Bantu Anda Tidur Lebih Nyenyak
Adakah tidur anda mencukupi dan berkualiti setiap malam? Tidur yang kurang atau selalu terganggu memberi kesan pada mental dan fizikal kita. Apabila semakin kerap ia berlaku, lama kelamaan kita akan merasakan adalah susah untuk kita mendapatkan tidur berkualiti yang kita inginkan. Ramai yang suka mengambil pil tidur bagi mereka yang inginkan menyelesaian segera. Sungguh pun begitu, ada cara yang lebih sihat untuk mengatasi masalah ini.
Cuba lihat kembali pemakanan kita sehari-hari. Makan sudah menjadi sebahagian daripada rutin kita seharian. Mengapa tidak masukkan makanan yang boleh membantu tidur ke dalam diet makanan kita? Berikut adalah 5 makanan yang patut anda cuba:
Jumaat, 1 April 2016
KETIBAS? Malu Beb! Ketahui 4 Cara Mengatasinya
Basah di bahagian ketiak boleh menurunkan kepercayaan diri seseorang terutamanya wanita. Jika mengenakan pakaian berwarna putih, sudah tentu warnanya akan berubah kekuningan. Pergerakan akan jadi terbatas kerana takut orang tahu ketiak dalam keadaan basah. Malu kan?
Itu belum lagi kalau mengenakan pakaian tanpa lengan tapi ketiak sudah basah sebasah-basahnya. Tentu perasaan pun jadi tak menentu dan nak cepat-cepat pulang ke rumah kan? Oleh itu, janganlah ambil ringan masalah ketiak basah ini.
Khamis, 31 Mac 2016
Punggung berjerawat? 7 Cara Nak Hilangkan Jerawat di Punggung
Sebelum ini, kita sudah membincangkan macam mana jerawat boleh tumbuh di punggung. Pada yang belum lagi membaca artikel sebelum ini, boleh KLIK DI SINI.
Untuk mengatasi jerawat yang tumbuh di belakang, kita boleh melakukan rawatan sendiri di rumah. Cara yang akan dibincangkan dalam artikel ini adalah cara tradisional. Tapi jangan bimbang, walaupun hanya tip tradisional, yang penting berkesan. Berikut adalah rawatan yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan jerawat di belakang:
Punggung berjerawat? 5 Punca Jerawat di Punggung
Punggung berjerawat? Rasa kelakar kan tapi bukan pada mereka yang menghadapinya, boleh jadi satu penderitaan yang terpendam tapi tak terluah. Bak kata orang, berat mata memandang, berat lagi punggung yang memikul. Nak tahu punca terjadinya jerawat di tempat ni? Jom baca seterusnya.
Jerawat bukan hanya boleh muncul di wajah, tetapi boleh juga muncul di bahagian tubuh lain, salah satunya di bahagian punggung. Jenis jerawat ini sama dengan jerawat pada umumnya, iaitu memberikan rasa tidak selesa kerana boleh menyebabkan penderitanya merasa gatal. Jom kita ambil tahu apa punca terjadinya jerawat di punggung ini.
Langgan:
Catatan (Atom)