Rabu, 6 April 2016

10 Sebab Rambut Beruban Di Usia Muda


Rambut beruban adalah proses semulajadi yang berlaku kepada sesiapa sahaja. Ia berlaku apabila seseorang itu semakin berusia di mana tubuh akan mula kehilangan keupayaan untuk menghasilkan jumlah pigmen melanin yang diperlukan untuk menambah warna kepada rambut. Kebiasaannya rambut akan mula beruban apabila berusia 60-an. Tetapi bagi sesetengah orang, rambut sudah mula menunjukkan tanda-tanda uban pada usia muda (pertengahan 20-an atau lebih awal lagi). Masalah ini dipanggil "uban pra-matang". Terdapat beberapa sebab mengapa situasi ini mungkin berlaku.

Antara punca rambut beruban adalah daripada faktor-faktor seperti gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, terlampau diet, kekurangan
Vit B12 dan juga boleh disebabkan oleh rutin penjagaan rambut yang tidak betul seperti suka bereksperimen dengan rambut dan macam-macam lagi. Jadi sebelum anda mula mencari penawarnya, adalah penting untuk mengetahui apakah punca sebenar terjadinya uban ini.



IKLAN CARA MENGHILANGKAN JERAWAT



1. Masalah Tiroid
Kelenjar tiroid yang kurang aktif atau terlebih aktif boleh menjadi penyebab kepada masalah uban pra-matang. Jika anda melihat tanda-tanda uban berlebihan pada usia anda yang masih muda ini, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan doktor dan periksalah tahap tiroid anda.



2. Kekurangan zat makanan
Kekurangan nutrien seperti vitamin B12, zat besi dan protein boleh menyumbang kepada pertumbuhan uban pramatang. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh berunding dengan pakar pemakanan atau doktor untuk mendapatkan cara diet yang dapat melengkapi kekurangan ini. Atau anda juga boleh mengambil pil tambahan. Tetapi anda digalakkan untuk mengambil makanan yang betul berbanding penggunaan pil kerana ia lebih sihat.


3. Masalah genetik

Salah satu punca masalah rambut beruban di usia muda ini. Salah satu penyelesaian adalah dengan mewarnakan rambut dari semasa ke semasa. 
Pilihlah pewarna semulajadi seperti inai berbanding pewarna rambut kimia yang boleh merosakkan rambut anda.



4. Merokok

Merokok seperti yang kita tahu memudaratkan kesihatan. Ia adalah penyebab kanser, penyakit paru-paru, masalah jantung, masalah kulit, masalah kedut dan lain-lain. Kini, anda juga boleh menambah masalah uban pra-matang ke dalam senarai ini juga. Merokok merembeskan radikal bebas yang menghalang penghasilan melanin dalam badan. Berhentilah merokok sekarang jika anda tidak mahu nampak lebih tua di usia muda.



5. Diet yang salah
 

Dalam dunia hari ini terdapat dua jenis golongan. Salah satu golongan ini tidak kisah makan apa pun yang mungkin disebabkan oleh sebab-sebab
seperti kekangan masa atau kewangan. Dan satu golongan ini lagi jenis makan makanan yang sebenarnya tidak berkhasiat. Disebabkan oleh kerana terlalu inginkan tubuh badan yang menawan, golongan ini bersedia untuk mencuba apa-apa sahaja jenis diet sehingga menafikan hak tubuh badan untuk mendapatkan nutrisi yang diperlukan badan.


6. Tekanan
 
 

Tekanan adalah salah satu faktor yang paling biasa menyumbang kepada uban pramatang pada masa kini. Kita semua terdedah dengan kehidupan yang amat tertekan, sama ada disebabkan oleh perkerjaan, atau disebabkan oleh struktur sosial secara amnya. Tekanan kini telah menjadi satu cabaran yang besar dalam kehidupan pada hari ini. Bersenam adalah satu cara yang baik untuk mengatasi tekanan.



7. Rutin Penjagaan Rambut

Jika anda inginkan rambut yang cantik, maka anda perlu mengamalkan penjagaan rambut yang betul dengan baik. Cara merapi dengan betul, membersih dan melindunginya daripada pancaran matahari adalah beberapa perkara asas yang mesti anda ikuti. 



8. Bereksperimen dengan rambut anda


Anda suka bereksperimen dengan rambut anda? Hentikannya sekarang! Anda mungkin kelihatan cantik untuk seketika tetapi akhirnya membawa padah kepada kesihatan rambut anda. Ini sangat memberi kesan kepada kesihatan rambut anda kerana ia mengambil nutrien yang diperlukan dari rambut anda. 



9. Kekurangan Vitamin C


Vitamin C adalah sangat penting untuk kesihatan rambut anda. Kekurangan nutrien ini boleh menghalang pengeluaran melanin. Jadi pastikan anda mengambil vitamin C secara mencukupi. Cara terbaik adalah dengan mengamalkan minum banyak jus oren, jus lobak merah, dan lain-lain buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan Vitamin C. 



10. Masalah air yang tidak bersih
  Mineral di dalam air yang kita gunakan untuk mencuci rambut juga boleh menyebabkan uban pramatang rambut. 



Inilah antara punca-punca yang menyebabkan anda mungkin mendapat rambut beruban pada usia yang muda.





IKLAN CARA MENGHILANGKAN JERAWAT



Suka dengan artikel ini? LIKE dan SHARE untuk manfaat bersama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ADD THE FACEBOOK WIDGET CODE HERE